Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-83
Di Parlimen tadi, saya menghadiri Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-83 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pengurusan tanah yang memerlukan pertimbangan bersama, khususnya yang melibatkan kepentingan negeri-negeri. Setiap keputusan perlu mengambil kira keperluan pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat.
Bagi Selangor, kepentingan negeri dan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri penting bagi memastikan pengurusan tanah yang teratur dan mampan dapat menyokong pembangunan serta membawa manfaat kepada rakyat.





No items found.



