Inisiatif

Peristiwa
5/11/25
Isu
Selangor
Negara

Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2025

Menghadiri Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Mesyuarat ini menilai kemajuan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat nasional dan antarabangsa, termasuk peranan negeri-negeri dalam menjayakan Agenda 2030.

Selangor kekal komited menerajui pembangunan mampan melalui dasar dan inisiatif seperti Pelan Tindakan Iklim Negeri Selangor, Rancangan Selangor (RS-1), Dasar Smart Selangor, serta pembangunan ekonomi hijau dan digital yang selaras dengan prinsip SDG bagi memastikan kemajuan ekonomi tidak mengorbankan kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat.

Dengan sokongan padu Kerajaan Persekutuan dan kerjasama antara agensi, Selangor akan terus menjadi pemacu utama pembangunan mampan Malaysia.

#KitaSelangor

#MalaysiaMADANI

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.