Inisiatif

Peristiwa
14/7/26
Isu
Selangor
Negara

Mesyuarat Khas Pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey

Alhamdulillah, sebentar tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey bersama YB Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, serta YB Ir. Izham Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian.

Mesyuarat ini amat penting bagi menyelaras penglibatan semua agensi berkaitan dalam merealisasikan projek strategik ini, yang dijangka memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi Selangor serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab perdagangan dan logistik serantau.

Kerajaan Negeri menyasarkan upacara pecah tanah projek ini dapat dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2026. Saya yakin PKNS bersama anak-anak syarikatnya serta semua pihak yang terlibat mampu merealisasikan projek mega bertaraf antarabangsa ini mengikut perancangan.

Insya-Allah, pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang akan menjadi satu lagi pemangkin kepada kemakmuran ekonomi negeri, membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan mengukuhkan daya saing Selangor sebagai enjin ekonomi Malaysia.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.