Mesyuarat Ketiga Penggal Ke-3 Dewan Negeri Selangor ke-15 2025
Sidang DUN pagi tadi, saya menjawab soalan no.44 daripada YB Batang Kali mengenai isu buli dan usaha kerajaan dalam membendung gejala buli di sekolah.
Kerajaan Negeri turut memperkukuh kerjasama dengan agensi keselamatan dan komuniti, selain melatih guru dalam intervensi minda sihat serta memantapkan pematuhan garis panduan salah laku.
Usaha ini turut diperkasa melalui program pembangunan pelajar, penambahbaikan keselamatan sekolah dan penglibatan aktif PIBG. Kami juga memberi perhatian kepada pengaruh digital seperti media sosial dan permainan dalam talian yang mendorong tingkah laku agresif melibatkan aspek mental, fizikal dan seksual, terutamanya di sekolah berasrama.
Pada sesi petang, saya menggulung perbahasan Belanjawan Negeri Selangor 2026.
Kredit Foto: Pejabat Korporat SUK






