Inisiatif

Peristiwa
3/8/26
Isu
Selangor
Negara

Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Ke-IV Dewan Negeri Selangor

Hari pertama Sidang Dewan Negeri Selangor, pagi tadi saya telah menjawab soalan daripada ADN Dusun Tua dan ADN Sijangkang berhubung isu penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI), khususnya melibatkan komuniti Rohingya di Selangor.

Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini. Berdasarkan semakan Pejabat Daerah dan agensi berkaitan, seramai 9,515 etnik Rohingya dikenal pasti di beberapa lokasi di Hulu Langat. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri terus memperkukuh pemantauan, melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu serta menyelaras tindakan bersama PBT, PDRM, Jabatan Imigresen dan agensi berkaitan bagi memastikan aspek keselamatan, ketenteraman awam dan pematuhan undang-undang sentiasa terpelihara.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua PBT di Selangor supaya menyenarai hitam mana-mana pihak yang menjual atau menyalahgunakan lesen perniagaan kepada warga asing. Pendirian Kerajaan Negeri kekal jelas, iaitu tidak membenarkan pemilikan lesen perniagaan atau aset oleh warga asing, dan tindakan penguatkuasaan akan terus diperkasakan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

Dalam melaksanakan tindakan ini, kita juga perlu mengimbangi aspek penguatkuasaan dengan nilai kemanusiaan. Isu pendidikan, kebajikan dan hak asasi golongan yang terkesan tidak boleh dipinggirkan, selaras dengan pendekatan yang adil, berhemah dan bertanggungjawab.

Selain itu, saya turut menjawab soalan daripada ADN Subang Jaya berhubung pembinaan Perpustakaan USJ 1. Insya-Allah, projek ini dijangka siap pada September 2026, manakala proses pewartaan tanah telah selesai dilaksanakan pada Jun 2026.

Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat sebagai pusat ilmu, pembelajaran dan pembangunan komuniti.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.