Inisiatif

Peristiwa
4/8/26
Isu
Selangor
Negara

Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Ke-IV Dewan Negeri Selangor

Saya hadir pada sesi pagi Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Ke-IV Dewan Negeri Selangor hari ini dengan menjawab dua soalan lisan yang menyentuh kebajikan rakyat serta prestasi ekonomi negeri.

Menjawab soalan daripada YB Sijangkang berhubung prestasi Program TAWAS, setakat 20 Julai 2026 seramai 8,642 ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2008 telah membuat tuntutan dan menerima bayaran manfaat mengikut fasa. Kerajaan Negeri melalui YAWAS akan terus memperhebat usaha hebahan bagi memastikan semua ahli yang layak tampil membuat tuntutan apabila mencapai usia 18 tahun.

Saya turut menjawab soalan daripada YB Pandamaran mengenai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Selangor bagi tahun 2025. Alhamdulillah, Selangor terus mengekalkan kedudukannya sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dengan nilai KDNK RM460.1 bilion, mewakili 26.5% daripada keseluruhan KDNK Malaysia. Pencapaian ini mencerminkan kekuatan asas ekonomi negeri yang didorong oleh pelaburan berkualiti, sektor perkhidmatan dan pembuatan yang berdaya saing, serta ekosistem perniagaan yang terus berkembang.

Dewan Negeri Selangor hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2026 dengan sokongan penuh Ahli-ahli Dewan Negeri. Kelulusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memperkukuh institusi kehakiman syariah, memperkemaskan pentadbiran undang-undang Islam serta memastikan pelaksanaannya kekal relevan, berwibawa dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.