Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Ke-IV Dewan Negeri Selangor
Hari ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor, saya telah menjawab soalan No. 39 daripada ADN Bandar Baru Klang berhubung usaha Kerajaan Negeri memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan memperkukuh ekonomi digital demi kesejahteraan rakyat.
Kerajaan Negeri terus menjadikan AI sebagai pemacu utama transformasi digital melalui pelaksanaan Kertas Putih AI Selangor, Digital Government Playbook dan Program Teraju AI bersama STDC serta Google bagi mempertingkat penyampaian perkhidmatan awam, membangunkan bakat tempatan dan merangsang inovasi.
Pelbagai inisiatif seperti Wira AI Selangor 2026, Selangor Triple Accelerator Programme, AiSEM @ Selangor dan MSIDP turut dilaksanakan bagi memperkukuh ekosistem AI, menarik pelaburan serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri memperluas penggunaan aplikasi AI seperti NADI, AKSES AI, SEIRA dan NISA serta meneruskan Pelan Tindakan Masa Hadapan Digital Selangor (DxF) 2026–2030 bagi memperkukuh infrastruktur digital, liputan 5G dan keselamatan siber.
Insya-Allah, segala usaha ini akan memastikan Selangor terus kekal sebagai peneraju ekonomi digital negara dan negeri pilihan bagi pelaburan berteknologi tinggi.






