Mesyuarat Kedua Penggal ke-V Parlimen ke-15 2026
Memulakan tugas hari ini hadir ke Parlimen bagi mengikuti perbahasan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung tindakan Kerajaan Norway membatalkan lesen eksport peluru berpandu anti kapal Naval Strike Missile (NSM) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Perbahasan hari ini turut memperlihatkan kesepakatan merentas parti dalam mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara, dengan ahli-ahli Parlimen sebulat suara menentang keputusan yang memberi implikasi terhadap keupayaan pertahanan Malaysia.
Selain itu, turut dibahaskan sejauh mana kesiapsiagaan kerajaan dalam mempercepatkan penyiapan aset-aset strategik pertahanan, termasuk projek Littoral Combat Ship (LCS), bagi memastikan sistem pertahanan negara kekal ampuh, berdaya tahan dan mampu menghadapi sebarang cabaran keselamatan pada masa hadapan.
Gombak turut mengambil bahagian dalam perbahasan ini untuk menyampaikan pandangan serta bersama-sama memastikan agenda memperkukuh pertahanan negara terus diberi keutamaan demi menjamin kesiapsiagaan aset dan keselamatan Malaysia.









