Mesyuarat Kedua Penggal Ke-3 Dewan Negeri Selangor ke-15 2025.
Membuka Sidang Dewan Negeri Selangor bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Tahun 2025 pagi ini dengan menjawab soalan daripada Y.B. Dato’ Dr. Halim Tamuri (Paya Jaras) berkenaan usaha Kerajaan Negeri memperkasa tanah rizab Melayu di daerah Petaling.

Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan tanah rizab terus kekal sebagai aset strategik Bumiputera. Antara usaha yang dilaksanakan termasuk pemulihan rizab yang terhakis, pemutihan pemilikan serta mempercepatkan proses pemberimilikan kepada mereka yang layak.


Pemeliharaan tanah rizab bukan sekadar isu teknikal, tetapi amanah warisan yang perlu dijaga demi masa depan bangsa dan negeri.
No items found.



