Inisiatif

COVID-19
29/8/20
Isu
Selangor

Merdeka Kita

Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini sejak tahun 1957 adalah hasil perjuangan dan pengorbanan tokoh terdahulu yang menuntut kemerdekaan serta berjuang mempertahankan tanah air tercinta ini. Kemerdekaan tidak datang bergolek, kemerdekaan lahir dari darah dan titisan air mata.

Tahun ini, sambutan kemerdekaan adalah amat berbeza dan memberi seribu satu makna. Negara kita telah menghadapi pelbagai cabaran sepanjang tahun ini. Kita diserang wabak COVID-19 sehingga menyebabkan kita terpaksa melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir 3 bulan, satu pengalaman yang belum pernah dirasai generasi hari ini.

Berkat usaha, kegigihan dan pengorbanan para petugas baris hadapan, kita akhirnya telah berjaya keluar dari PKP dan kini dalam fasa PKPP. Wabak COVID-19 ditentang dengan cukup hebat demi mempertahankan negara ini dan rakyatnya. Tanpa para frontliners, hari ini kita belum tentu dapat merayakan sambutan hari kemerdekaan tahun ini.

Video ini dedikasikan buat seluruh petugas perubatan, petugas keselamatan, penjawat awam, pemandu Grab dan penghantar makanan Foodpanda serta para petugas baris hadapan yang mempertaruhkan nyawa demi memelihara kemerdekaan negara ini. Merdeka ini merdeka kita, merdeka kita ini untuk anda. Terima kasih frontliners!

#MerdekaKita

#SelangorMajuBersama
__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.