Suara

Peristiwa
12/1/21
Selangor

Merasmikan Bazar Dorani Perdana di Pekan Sungai Haji Dorani, Daerah Sabak Bernam

Merasmikan Bazar Dorani Perdana di Pekan Sungai Haji Dorani, Daerah Sabak Bernam. Bazar ini yang dibina oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) adalah merupakan usaha bagi membantu para peniaga dan usahawan di sekitar Sabak Bernam. Bazar yang cantik dan gah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta mempunyai tempat letak kereta yang khusus buat para pengunjung.

Saya turut mengambil kesempatan menyantuni para peniaga di Bazar Dorani Perdana ini. Bertanyakan khabar mengenai hasil jualan mereka seharian. Saya turut memberi pesanan agar para peniaga mematuhi SOP bagi memastikan mereka dan para pembeli terhindar dari risiko wabak COVID-19

#SelangorMajuBersama

#SabakBernam

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.