Merasmikan Balai Polis Bandar Country Homes, Rawang.
Menjunjung kasih DYTM Raja Muda Selangor berangkat bagi merasmikan Balai Polis Bandar Country Homes, Rawang. Balai Polis ini pada mulanya merupakan sebuah balai komuniti yang dinaik taraf kepada balai induk pada 1 Julai 2024 dengan kekuatan 37 anggota.
Gembira melihat masyarakat setempat yang hadir memberi sokongan kepada pasukan PDRM Balai Polis Bandar Country Homes pagi ini meskipun cuaca panas terik.
Insya-Allah, semoga kerjasama antara polis dan masyarakat akan terus kukuh dan teguh demi memastikan keselamatan dan ketenteraman Negeri Selangor terpelihara.
Menjunjung kasih Tuanku.




