Inisiatif

Peristiwa
1/6/26
Isu
Selangor
Negara

Menziarahi sahabat lama saya, Tok Khalid

Menziarahi sahabat lama saya, Tok Khalid, mantan Ketua Kampung Melayu Batu Caves. Saya menyampaikan ucapan takziah atas pemergian isteri tercinta beliau yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari sebelum Aidiladha.

Saya mengenali Tok Khalid sejak sekian lama dan amat memahami beratnya kehilangan insan yang telah menjadi teman hidup serta pendamping setia selama bertahun-tahun. Dalam suasana Aidiladha yang sepatutnya diraikan bersama keluarga dan insan tersayang, pastinya ujian ini memberi kesan yang amat mendalam buat beliau dan seluruh ahli keluarga.

Saya mendoakan agar Tok Khalid dan keluarga diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.