Inisiatif

Peristiwa
6/4/25
Isu
Selangor
Negara
Putra Heights

Menziarahi mangsa kebakaran paip gas di Kg Kuala Sungai Baru.

Hari ke-6 insiden kebakaran paip gas Putra Heights, saya bersama-sama dengan Ketua Pemuda UMNO YB Datuk Dr Akmal Saleh, YB Kamri Kamaruddin dan ADN Seri Serdang YB Abbas Salimmi menziarahi mangsa kebakaran paip gas di Kg Kuala Sungai Baru.

Encik Mohd Radzi yang mengalami kecederaan serta melecur di muka, kaki dan juga tangan menceritakan pengalaman beliau menyelamatkan diri dengan berkurung di dalam bilik mandi bersama keluarganya. Beliau kini tinggal sementara bersama-sama adik lelakinya, Mohd Khairul Amin dan isteri Nurul Adawiyah bersama 3 orang anak berusia 10, 8 dan 4 tahun, juga mangsa kebakaran di sebuah rumah sewa.

Saya mendoakan keluarga ini dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi waktu sukar ini. Kerajaan Negeri terus menyalurkan bantuan dan akan memastikan semua mangsa mendapat bantuan sewajarnya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.