Inisiatif

Peristiwa
Isu
Selangor
Negara

Menziarahi makam Imam Al-Busiri (1211–1294M).

Saya bersama Masdiana dan anakanda Amirul Haziq meneruskan ziarah kami dengan menziarahi makam Imam Al-Busiri (1211–1294M).

Imam Al-Busiri, atau nama penuhnya Muhammad bin Sa‘id bin Hammad al-Busiri, adalah seorang ulama, sufi, dan penyair terkenal yang hidup pada abad ke-13. Beliau dikenali sebagai penulis Qasidah al-Burdah (Selendang Nabi), salah satu puisi paling terkenal dalam sejarah Islam yang memuji keindahan akhlak dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.

Imam Al-Busiri dilahirkan pada tahun 608 Hijrah (1211 Masihi) di Kampung Dalas, wilayah Busir, Mesir. Oleh kerana tempat kelahirannya ini, beliau dikenali dengan gelaran Al-Busiri.

Imam Al Busiri mempelajari pelbagai cabang ilmu seperti bahasa Arab, syair, tafsir, hadis, dan tasawuf.

Imam Al-Busiri merupakan seorang sasterawan dan penyair yang mendalam pengetahuannya dalam bahasa Arab. Karya terbesar Imam Al-Busiri ialah Qasidah al-Burdah, sebuah puisi panjang yang memuji Nabi Muhammad SAW. Qasidah ini ditulis dengan penuh puitis serta kecintaan yang mendalam kepada Rasulullah SAW, dan diraikan sehingga hari ini.

Imam Al-Busiri wafat pada tahun 695 Hijrah (1294 Masihi) di Iskandariah, Mesir. Kami bersyukur direzekikan menziarahi seorang tokoh Islam yang menjadi sumber inspirasi kepada usaha kecil saya menyemarakkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW di Selangor.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.