Inisiatif

Peristiwa
27/6/20
Bantuan
Selangor

Menziarahi Datuk Ooi Eow Jin, komposer terkenal negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya berpeluang menziarahi Datuk Ooi Eow Jin, komposer terkenal di rumah beliau sebentar tadi. Saya bersama Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, YB Lim Yi Wei 林怡威 bertemu isteri beliau, Datin Khaw Lean Kee dan menyampaikan sumbangan untuk membantu dalam keperluan perubatan.

Sumbangan ini adalah keprihatinan Kerajaan Negeri yang menghargai jasa Datuk Ooi Eow Jin dalam industri muzik yang banyak menggubah lagu popular pada 1970-an dan 1980-an. Beliau banyak mencipta lagu untuk penyanyi tempatan dan luar negara termasuk Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Allahyarham Datuk Rafeah Buang, Datuk M Nasir, Rahimah Rahim, Flora Santos, Alleycats, Jennifer Yen dan Francis Yip

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.