Menyertai jentera Perpaduan di Kampung Baru Coldstream
Menyertai jentera Perpaduan di Kampung Baru Coldstream bagi menyatakan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional PRK N48 Ayer Kuning, Dr. Ustaz Yusri Bakir, dalam Majlis Makan Malam Perpaduan Perak 2.0.
Turut hadir bersama ialah Pengerusi UMNO Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, Ahli Majlis Tertinggi PBB dan Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, serta Naib Presiden PKR, Puan Nurul Izzah Anwar. Majlis turut disertai oleh pimpinan serta wakil-wakil parti komponen Kerajaan Perpaduan.
Suasana muhibbah makan malam ini menjadi bukti bahawa semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat Ayer Kuning terud utuh, merentas bangsa, agama dan parti.
Orang Ayer Kuning, undi calon nombor 1, Dr. Ustaz Yusri untuk kestabilan masa depan Ayer Kuning dan Negeri Perak.








