Inisiatif

Peristiwa
23/11/22

Menyampaikan inisiatif Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022 kepada hampir 501 sekolah seluruh Negeri Selangor.

Alhamdulillah, menyampaikan inisiatif Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022 kepada hampir 501 sekolah seluruh Negeri Selangor. Sebanyak RM12.5 juta diagihkan kepada 501 sekolah seluruh negeri hari ini bagi menambah baik infrastruktur dan fasiliti demi keselesaaan pelajar.

Daripada 501 buah sekolah tersebut, pecahan penerima adalah 381 sekolah agama rakyat dan 120 sekolah kebangsaan serta sekolah menengah kebangsaan.

Bantuan ini merangkumi pemberian kepada sekolah kerajaan dan swasta di Selangor. Tujuan utamanya untuk memberi keselesaan kepada anak-anak kita yang menuntut ilmu.

Bantuan yang diserahkan adalah sebahagian daripada keseluruhan peruntukan RM26.5 juta yang diagih kepada 742 sekolah tahun ini.

Pada bulan Mei lalu, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), sekolah mubaligh serta sekolah menengah persendirian cina turut menerima bantuan sama.

Ini adalah bukti Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Harapan sentiasa mengutamakan agenda pendidikan demi masa hadapan anak-anak di Selangor.

#KitaSelangor

#SelangorMajuBersama


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.