Menunaikan ibadah umrah di Mekah
Saya dan isteri, Masdiana telah berangkat untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah. Dalam perjalanan, kami turut singgah di bumi Mesir.
Setibanya di Mesir semalam, saya telah menunaikan solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di salah sebuah masjid yang sangat terkemuka di Mesir iaitu Masjid Nabi Danial.
Saya sangat tertarik dengan pengisian solat Tarawih di masjid ini yang diselangi aktiviti soalan kuiz kepada jemaah di antara 4 rakaat. Antara soalan kuiz tersebut kepada para jemaah masjid ialah siapakah perawi hadith yang dibacakan oleh Imam Masjid.
Seperti kebiasaan di Mesir, kemeriahan Ramadan adalah amat ditunggu tunggu oleh masyarakat Islam disini, ibarat kemeriahan Aidilfitri di Malaysia.
Semoga permusafiran saya dan isteri diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah SWT.







