Inisiatif

Peristiwa
12/4/26
Isu
Selangor
Negara

Meninjau sendiri persiapan kelengkapan kapal-kapal pasukan Malaysia

Pagi ini di Port Vell Barcelona saya telah turun meninjau sendiri persiapan kelengkapan kapal-kapal pasukan Malaysia yang akan berlepas bagi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0

Apa yang cukup membanggakan, Malaysia hadir bukan sekadar melalui NGO, tetapi sebagai satu-satunya negara yang menghantar perwakilan secara rasmi yang disokong secara menyeluruh. Ini membuktikan kesungguhan dan komitmen Malaysia dalam menuntut pembebasan Palestin.

Saya turut bertemu sahabat sahabat dari Indonesia yang bersama menyatakan dukungan terhadap perjuangan ini. Kehadiran peserta dari seluruh dunia membuktikan bahawa suara kemanusiaan masih hidup, dan bahawa Gaza tidak pernah dibiarkan bersendirian.

Insya-Allah, teruskan berdoa untuk kejayaan dan keselamatan seluruh yang terlibat dengan misi ini.

Free Palestine 🇵🇸

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.