Inisiatif

Peristiwa
4/10/25
Isu
Selangor
Negara

Mengunjungi Sumud Nusantara Command Center (SNCC)

Malam semalam, saya mengunjungi Sumud Nusantara Command Center (SNCC) di MAPIM Central Warehouse, Sepang untuk meninjau keadaan semasa misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla terutama status rakyat Selangor yang menyertai misi ini. Saya telah diberi taklimat operasi daripada Ketua Pengarah,  Dato’ Dr Sani Araby.

Beliau telah menjelaskan bahawa penglibatan 27 sukarelawan Malaysia termasuk rakyat Selangor telah memberi impak positif kepada usaha kemanusiaan di Ga*a

Bagi memperkukuh kebolehan gerak kerja kemanusiaan, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1 juta bagi menubuhkan Malaysian International Humanitarian Centre (MIHC) bersama MAPIM, meliputi sokongan logistik, kemudahan dan penggemblengan sukarelawan untuk misi luar negara serta bantuan bencana dalam negara.  

Saya juga ingin menekankan bahawa komitmen Selangor sebagai negeri pertama yang telah melancarkan tabung khas pembinaan apartmen tujuh tingkat, masjid dan tangki air Darul Ehsan di Ga*a. Saya turut dimaklumkan, dua kenderaan bantuan masih beroperasi di Ga*a walaupun satu ambulans telah musnah.

Dato Dr Sani Araby turut memaklumkan usaha berterusan sedang berjalan bagi membebaskan rakyat Malaysia yang telah diculik oleh Zioni*. Berkat doa rakyat Malaysia yang tidak putus-putus serta usaha diplomasi yang diketuai YAB PMX, Insya-Allah rakyat Malaysia yang terlibat akan pulang dengan selamat.

#KitaSelangor

#MalaysiaMADANI

#STAND4SUMUD

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.