Inisiatif

Peristiwa
22/6/25
Isu
Selangor
Negara

Menghantar anakanda Luthfi Abshar ke sesi pendaftaran di Universiti Islam Selangor (UIS)

Pendaftaran Anakanda Luthfi Abshar di Universiti Islam Selangor.

Posted by Amirudin Shari on Sunday, June 22, 2025

Kami sekeluarga menghantar anakanda Luthfi Abshar ke sesi pendaftaran di Universiti Islam Selangor (UIS) hari ni. Alhamdulillah, Abshar memang memasang azam untuk mengikuti pengajian Program Asasi di sini.

Hari ini merupakan hari kedua bagi Pengambilan Sesi Pertama 2025/2026, dengan anggaran seramai 1,000 pelajar baharu memulakan perjalanan akademik mereka di UIS.

UIS merupakan manifestasi dan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasa pendidikan Islam. UIS turut menawarkan program pengajian yang diiktiraf MQA merangkumi bidang keagamaan, ekonomi, perakaunan, pengurusan, syariah dan undang-undang, pendidikan, multimedia kreatif, komputeran serta sains sosial.

Abah dan Mama mendoakan Abshar agar dapat belajar bersungguh-sungguh, jadi insan berilmu dan berakhlak, serta memberi manfaat kepada orang sekeliling. Semoga perjalanan di UIS ini akan menjadi permulaan yang baik untuk masa depan Abshar, Insya-Allah.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.