Menghadiri Majlis Anugerah Kampung Baru Terbaik Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025
Menghadiri Majlis Anugerah Kampung Baru Terbaik Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 yang berlangsung di Klang. Majlis ini adalah merupakan acara penghargaan, simbol perpaduan, semangat muafakat dan kerjasama rakyat dalam membangunkan kampung yang makmur, indah dan sejahtera.
Dalam ucapan, saya menekankan komitmen Kerajaan Negeri dalam menghargai komuniti kampung yang cemerlang dalam aspek tadbir urus, kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Kepimpinan Ketua Kampung dan JPKK yang berkesan menjadi pemacu kejayaan ini dalam menyokong agenda RS-1 dan SDG ke arah Selangor yang sejahtera, mampan dan inklusif.
Melalui anugerah ini, Kerajaan Negeri menggalakkan inovasi, tadbir urus terbaik serta pengukuhan semangat gotong-royong agar Kampung Baru terus berkembang sebagai komuniti moden, harmoni dan berdaya saing.
Tahniah kepada semua pemenang atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkukuh kerjasama dan memajukan kampung demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Selangor.










