29/10/20

Menghadap DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj

Menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Menyembah maklum perkembangan semasa di Selangor mengenai ekonomi, usaha menangani COVID-19 serta sidang Dewan Negeri yang akan bermula dengan pembentangan Belanjawan 2021 pada hari Jumaat ini.

Menjunjung kasih DYMM Tuanku atas keprihatinan terhadap keadaan dan situasi semasa melibatkan ekonomi dan wabak COVID-19 yang dihadapi oleh sekalian rakyat Selangor ketika ini. Kasih sayang Tuanku ke atas rakyat jelata menjadi inspirasi buat pentadbiran ini untuk sentiasa berikhtiar demi rakyat dan negeri.

Seterusnya
No items found.
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.