Mengembangkan Industri Aeroangkasa Selangor
Industri aeroangkasa adalah industri yang terus menampakkan kemajuan. Tahun 2025 sahaja, sektor ini menjana RM32.5 bilion, eksport RM7.95 bilion dan tawar lebih 34,500 pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
Di Selangor, kejayaan UMW Aerospace menghasilkan komponen Rolls-Royce buatan penuh Malaysia membuktikan diri kita sebagai pemain global bernilai tinggi. Ini turut menunjukkan tahap kemahiran teknologi dan pendapatan yang tinggi ditawarkan negeri ini.
Demi memastikan kesinambungan, TVET aeroangkasa diperkasa. Politeknik Banting antara peneraju latihan kemahiran aeroangkasa disokong kerjasama industri sebenar seperti UMW dan vendor di Jenjarom.
Kerjasama ini diusahakan Invest Selangor untuk pembangunan bakat bagi menyediakan kumpulan tenaga kerja mahir yang besar dalam sektor ini. Satu hari nanti, setiap yang terbang di angkasa, moga setiapnya ada sentuhan rakyat Selangor.



