Inisiatif

Peristiwa
13/4/26
Isu
Selangor
Negara

Menaiki bot pemantau bersama PYT Duta Malaysia ke Sepanyol

Menaiki bot pemantau bersama PYT Duta Malaysia ke Sepanyol, delegasi media serta urusetia, kami menghantar pasukan Global Sumud Flotilla 2.0 Malaysia di lautan Sepanyol sebelum mereka memasuki perairan antarabangsa.

Saya menitipkan kata-kata semangat dan terus memberi jaminan bahawa pergerakan dan keselamatan mereka akan kita pantau sentiasa.

Doakan mereka, perjalanan dan perjuangan ini cukup mencabar. Namun dengan semangat jitu dan kesungguhan untuk menghantar mesej pada dunia bahawa rakyat Malaysia teguh bersama Palestin.

Saya dengan penuh rasa rendah diri memohon semua rakyat Malaysia tidak mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik agar terus berdoa demi keselamatan dan kejayaan misi ini. Insya-Allah.

From the river to the sea, Palestine will be free.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.