Inisiatif

Peristiwa
21/4/26
Isu
Selangor
Negara

Memorandum Kerjasama (MoC) Pelaksanaan Projek Ehsan Perwira antara Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)

Menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Kerjasama (MoC) Pelaksanaan Projek Ehsan Perwira antara Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).  

Inisiatif ini merupakan langkah strategik dalam mengoptimumkan tanah rizab kerajaan melalui pendekatan pertanian pintar yang lebih produktif dan mampan. Lebih penting, ia membuka ruang kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia untuk meneroka peluang perniagaan, sekali gus memperkukuh sosioekonomi mereka.

Melalui kerjasama ini, MINDEF akan mengenal pasti lokasi bersesuaian, manakala PKPS menyediakan latihan komprehensif dalam sistem ‘smart farming’ serta jaminan pasaran bagi hasil pertanian. Pendekatan ini bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi kitaran, malah memperkukuh agenda sekuriti makanan negara.

Saya melihat Projek Ehsan Perwira sebagai titik mula kepada sinergi lebih luas antara sektor pertahanan dan agrikultur yang memanfaatkan kepakaran, membina modal insan dan memperkasa ekosistem pertanian moden yang berdaya tahan.

Majlis turut disusuli dengan beberapa pertukaran MoU dan MoC melibatkan agensi serta industri pertahanan tempatan, termasuk pelancaran inisiatif teknologi komunikasi yang akan menyokong pembangunan sektor ini secara menyeluruh.

Kerajaan Negeri menyambut baik usaha kolaboratif seperti ini yang memberi impak langsung kepada rakyat serta memperkukuh daya tahan ekonomi dalam landskap global yang mencabar.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.