Suara

Terkini
25/11/20
Bantuan
Selangor

Memartabatkan Pendidikan Islam di Selangor

MENJAWAB TOHMAHAN AGIHAN SUMBANGAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Pada 23 November lalu, saya telah memberikan satu kenyataan berkenaan agihan sumbangan Bantuan Infrastruktur Sekolah di seluruh Selangor telah diputar dan dijadikan isu politik oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan berniat untuk membuat khianat.

Ingin saya tekankan di sini bahawa tohmahan-tohmahan tersebut adalah prasangka yang jahat dan menyesatkan serta tersasar daripada realiti.

Sumbangan untuk pendidikan Islam perlu dilihat secara holistik, mengambil kira keseluruhan ekosistem persekolahan pelajar sehingga mereka menjadi sebahagian daripada tenaga kerja.

Peruntukan untuk pendidikan Islam di negeri begitu menyeluruh dan turut merangkumi inisiatif caruman PERKESO kepada guru-guru KAFA dengan peruntukan RM1.1 juta yang memberi manfaat kepada 4,200 orang guru KAFA seluruh Selangor. 2 buah Sekolah Rendah Agama (SRA) buah dijangka akan disiapkan pada 2021 iaitu SRA Denai Alam dan SRA Ehyaul Falah, Sabak Bernam masing-masing dengan kos keseluruhan sebanyak RM10 juta dan RM11 juta.

Malahan, 2 buah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) iaitu MITS Pandan Indah, Hulu Langat dan MITS Bagan Lalang, Sepang juga akan siap dibina tahun hadapan dengan peruntukan masing-masing RM7 juta dan RM5 juta. Akademi Syahadah Tahfiz Al Faizin, Kuala Selangor dengan peruntukan RM5.6 juta juga akan dibina yang akan turut menyumbang kepada peningkatan pendidikan Islam seluruhnya

Mengambil kira kedudukan Al Quran yang penting dalam hidup seorang Muslim serta status keutamaan yang diberikan kepada yang menghafalnya, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sejumlah wang untuk dua program khas yakni Fast Track Tahfiz yang memberi peluang penajaan kepada pelajar tahfiz yang layak untuk turut mengambil kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan peruntukan sebanyak RM2 juta serta program Tahfiz TVET yang akan melahirkan golongan tahfiz yang kompeten dan berkemahiran tinggi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2 juta.

Ternyata, syiar Islam sentiasa dimartabatkan di Selangor. Seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan Selangor 2021, Kerajaan Negeri turut membina 9 masjid yang dijangka siap pada tahun hadapan dan memperuntukkan sejumlah biaya yang banyak untuk mengurus Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta peruntukan membaik pulih masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor.

Ini belum lagi mengambil kira sumbangan anak syarikat Kerajaan Negeri untuk pendidikan Islam. Tahun lepas sahaja, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menyumbang sebanyak RM200,000 dalam bentuk laptop kepada 42 buah sekolah SRA dan KAFA. Badan-badan milik Kerajaan Negeri yang lain seperti Worldwide Holdings dan MBI turut menyumbang untuk pendidikan Islam di negeri ini, dengan jumlah tertinggi disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM2.2 juta untuk menaiktaraf karpet surau sekolah-sekolah agama di Selangor.

Justeru, jumlah keseluruhan peruntukan Kerajaan Negeri khusus untuk pendidikan Islam pada 2021 adalah sebanyak RM211.11 juta.

Diharapkan penjelasan ini akan membuka mata dan hati mereka yang terlibat agar tidak cuba mempolitikkan hal ehwal agama Islam dan pendidikan di Selangor. Kerajaan Negeri komited memartabatkan pendidikan Islam tanpa menjejaskan atau mengganggu-gugat institusi pendidikan yang lain.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.