Inisiatif

Peristiwa
6/4/25
Isu
Selangor
Negara
Putra Heights

Melawat mangsa-mangsa di PPS Dewan Camelia.

Di Putra Heights pagi tadi, melawat mangsa-mangsa kebakaran yang di tempatkan di PPS Dewan Camelia. PPS ini menempatkan seramai 90 mangsa daripada 24 keluarga kebanyakannya adalah penduduk dari Kg Kuala Sungai Baru.

Ramai juga antara mangsa yang menceritakan mereka baru pulang dari kampung ke rumah yang keadaannya tidak sesuai untuk didiami buat masa ini dan ditempatkan di sini. Insya-Allah, Kerajaan Negeri beriltizam untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan mangsa-mangsa yang terjejas terus dipelihara.

Terima kasih juga kepada semua petugas-petugas yang sentiasa memastikan segala keperluan mangsa dipenuhi.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.