Inisiatif

Peristiwa
25/11/25
Isu
Selangor
Negara

Melawat Mangsa Banjir di PPS SK Desa Aman, Kuala Selangor

Dari Shah Alam ke Kuala Selangor, saya melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Desa Aman yang menempatkan hampir 1,000 mangsa daripada 3 kawasan terjejas, iaitu Taman Saujana Aman, Kampung Sri Aman dan Kampung Boyan. Kawasan ini merupakan PPS dengan jumlah mangsa banjir yang terbesar setakat ini di Selangor.

Banjir yang berlaku semalam berpunca daripada limpahan air Sungai Buloh serta hujan berterusan melebihi 24 jam, menyebabkan kawasan sekitar tidak mampu menampung kapasiti air. Walaupun kerajaan telah membina benteng namun keadaan cuaca luar jangka dan peningkatan paras air yang mendadak masih memberi kesan besar kepada penduduk.

Pihak kerajaan negeri kini sedang mengenal pasti langkah-langkah susulan yang perlu diambil, termasuk penambahbaikan infrastruktur tebatan banjir serta tindakan segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan semua mangsa. Insya-Allah, kerajaan negeri akan terus membantu.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.