Melawat Mangsa Banjir di PPS Dewan MBSA (JATI) Kg.Sungai Kandis
Saya telah meninjau keadaan mangsa banjir di PPS Dewan Sungai Kandis, yang menempatkan lebih 250 orang mangsa penduduk yang terjejas daripada Kampung Sungai Kandis dan Telok Menegon. Turut terkesan adalah beberapa calon pelajar SPM yang sedang menjalani peperiksaan.
Kerajaan Negeri komited memastikan setiap pusat pemindahan sentiasa terjaga dari segi kebersihan, makanan dan keperluan harian mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan sejahtera. Semoga rakyat Selangor sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan dalam menghadapi situasi ini.
Setakat jam 8 pagi ini, sebanyak 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di seluruh Selangor yang menempatkan 2,972 orang mangsa banjir yang terdiri dari 792 keluarga. Kerajaan Negeri akan terus memantau keadaan terkini berkenaan situasi banjir di Selangor.










