Masjid Tanta, Iskandariah
Menunaikan Solat Zuhur dan Asar di Masjid Tanta, Iskandariah bersama anakanda Amirul Haziq. Alhamdulillah kami turut menziarahi makam salah seorang Wali Allah, Syeikh Sidi Ahmad Badawi RAH
Masjid dan makam yang terletak di Tanta, Mesir ini, sering menjadi kunjungan manusia yang tidak lekang untuk menziarahi makam beliau dari kalangan para sufi, ulama’ dan manusia keseluruhannya.
Syeikh Sidi Ahmad Badawi berasal dari Kota Fas, Magribi. Seorang ulama sufi dan wali Allah yang sangat terkenal ini lahir pada tahun 596 H. Nama sebenarnya Ahmad bin Ali Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakr al-Badawi. Berketurunan Nabi saw, kerana nasabnya sampai kepada Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Talib, suami Saiyidah Fatimah binti Saiyidina Nabi Muhammad S.A.W.
Tanta juga terkenal kerana pernah menjadi tempat di mana seorang lagi ulama tersohor Mesir mengajar iaitu Almarhum Syeikh al Mutawalli al Sya’rawi.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh para anbia’ dan ulama di bumi Mesir.






