Media

Siaran Akhbar
15/5/20
Isu
Selangor

Malaysian Gazzette: Penjawat awam Selangor terima RM1,000 bonus raya

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan pemberian bonus Aidilfitri secara one-off sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian bantuan Aidilfitri itu sebagai sebagai satu penghargaan semua yang terlibat dalam memerangi Covid-19.

“Kerajaan Negeri Selangor ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penjawat awam, Datuk-datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis dan Pegawai Daerah yang mengendalikan pusat-pusat kuarantin dan terlibat aktif dalam pengekangan wabak Covid-19.

Artikel asal diterbitkan di malaysiangazette.com


“Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan sejumlah RM1,000 secara one-off sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada semua penjawat awam.

“Ini termasuk para petugas baris hadapan dan mereka yang 24 jam bekerja di Bilik Gerakan Covid-19 daripada Gred 56 ke bawah,” katanya pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, turut mendapat manfaat sama ialah ahli-ahli Majlis Permuafakatan Kampung-kampung (MPKK) di 371 kampung tradisi dengan pemberian berjumlah RM300 secara one-off kepada setiausaha dan AJK Biro.

“Implikasi kewangan kepada Bantuan Khas Kewangan ini berjumlah RM18.5 juta (dan RM 1.335 juta untuk MPKK) dengan jumlah besar RM19.835 juta yang akan mula dibayar bermula 9 Jun 2020.

“Bantuan ini turut dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor tidak akan menerima bantuan Aidilfitri tersebut.

“Exco dan Ahli Dewan Negeri bagai mana pun tidak termasuk dalam bantuan ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, masjid seluruh Selangor, seorang nazir, dua orang imam, dua orang bilal dan dua orang siak akan menerima RM400 seorang secara one-off dengan implikasi kewangan sebanyak RM 1.092 juta.

“Bagi surau pula, pengerusi, dua orang imam, seorang bilal dan seorang siak akan menerima RM300 seorang secara one-off dengan impak kewangan RM 3.079 juta.

“Jumlah keseluruhan bantuan kewangan buat masjid dan surau adalah sebanyak RM 4.171 juta,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Terima kasih Malaysian Gazette atas liputan ini.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.