Suara

Peristiwa
17/5/22
Isu
Selangor

Malaysia Kini: HFMD: Keputusan tutup sekolah bergantung saranan jabatan kesihatan negeri - MB

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata sebarang keputusan untuk menutup sekolah di negeri itu berikutan penularan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di bergantung kepada saranan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

"(Keputusan menutupkan sekolah) bergantung kepada saranan jabatan kesihatan negeri. Dalam bab kesihatan awam terutamanya jangkitan berjangkit, jabatan kesihatan negeri memang ada unit penyakit berjangkit.

"Mereka akan umumkan apa langkah susulan.

"Kita lihat kepada kepentingan berdasarkan laporan. Kalau laporan ada banyak sangat kes, kita akan minta untuk jabatan pendidikan turut serta dalam mesyuarat," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Perayaan Aidilfitri anjuran Kumpulan SP Care di Hulu Selangor, semalam.

Terdahulu, Amirudin diminta mengulas saranan beberapa pihak agar sekolah di Selangor ditutup susulan penularan HFMD di yang kini sudah melebihi paras amaran.

Sebelum ini dilaporkan sejumlah 6,748 kes direkodkan setakat 7 Mei lalu, membabitkan penularan dalam kalangan 118 kluster dengan 95 peratus daripadanya membabitkan tadika, taska serta pusat jagaan harian kanak-kanak.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Sha'ari Ngadiman, berkata trend penyakit HFMD dalam kalangan kanak-kanak di negeri itu meningkat secara berterusan sejak awal tahun hingga kini.

Amiruddin berkata setakat ini dia tidak diberi taklimat terperinci mengenai jangkitan penyakit berkenaan.

"Segala laporan yang dikeluarkan adalah daripada jabatan kesihatan negeri.

"Cuma untuk pengawalan bencana dan pandemik, masih lagi di bawah saya selaku pengerusi.

"Minggu depan kita akan buat satu mesyuarat, selain daripada melihat isu pandemik Covid-19, turut kita akan rujuk HFMD," kata Amirudin.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.