Suara

Peristiwa
18/9/20
Selangor
Perayaan
Perhimpunan

Malam Sambutan Hari Malaysia di Dewan Sri Siantan, Jalan Sg. Tua

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kemuncak Jelajah Hari Malaysia kelmarin diraikan dengan Malam Sambutan Hari Malaysia yang berlangsung di Dewan Sri Siantan, Jalan Sungai Tua.

16 September merupakan sambutan ulangtahun tarikh bersejarah untuk kita semua di mana pembentukan persekutuan negeri-negeri telah terjadi yang kemudiannya digelar sebagai Malaysia pada hari ini.



Sambutan ini perlu diterjemahkan dalam acuan semangat yang mencerminkan kepelbagaian budaya, bangsa serta agama di Malaysia. Pelbagai kejayaan diraih dan cabaran ditempuh bersama, pada setiap masa itulah kita tetap berdiri teguh dengan bangganya memanggil Malaysia sebagai tanah air kita.


Peristiwa ini juga seharusnya membawa erti yang signifikan kepada rakyat Malaysia tidak kira di Semenanjung, Sabah ataupun Sarawak. Inilah saat kita bersetuju untuk hidup bersama sebagai satu bangsa dan sebuah negara di persada dunia antarabangsa.



Saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2020 kepada semua warganegara yang dikasihi. Ayuh kita menyambut hari ini dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kepada negara kita.

#HariMalaysia2020
#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.