Inisiatif

Peristiwa
2/2/26
Isu
Selangor
Negara

Malam Nisfu Syaaban 1447H

Alhamdulillah, malam penuh rahmat dan keberkatan, Malam Nisfu Syaaban telah diisi dengan majlis ilmu dan zikir di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.

Majlis dimulakan dengan tausiyah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Hj Ahmad Fauwaz bin Fadzil bertajuk Ilmu Sejarah Islah, sebelum beliau memimpin solat Maghrib secara berjemaah.

Selesai solat Maghrib, para jemaah membacakan Surah Yasin serta mengalunkan zikir sebelum menunaikan solat Isyak secara berjemaah yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Jahaf.

Semoga segala amal ibadah, doa dan munajat yang dihimpunkan pada malam yang mulia ini diterima oleh Allah SWT, dilimpahkan keberkatan kepada seluruh rakyat Selangor, dipelihara kedamaian negeri serta disuburkan budaya ilmu dan ketaqwaan, Insya-Allah.

Salam Nisfu Syaaban.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.