Inisiatif

Peristiwa
7/12/25
Isu
Selangor
Negara

Malam Baca Puisi PENA x SIBF 2025

Kali kedua saya hadir di Selangor International Book Fair (SIBF) 2025 bersama sahabat-sahabat lama saya dengan pengisian yang sarat makna melalui Malam Baca Puisi PENA x SIBF 2025, sebuah acara yang mengangkat martabat sastera sebagai wahana jiwa, pemikiran dan jati diri bangsa.

Saya berkesempatan membacakan sebuah puisi karya Ramzah Dambul bertajuk Simpang Siur, yang merakam gelora pencarian, simpang kehidupan dan perenungan insan.

Dalam ucapan, saya menyentuh tentang ketulenan sastera dalam era kecerdasan buatan (AI). Sastera yang lahir sejak zaman dahulu merupakan cabang seni imaginasi yang membentuk pemikiran, ideologi serta menyimpan identiti bangsa. Ia terbit daripada pengalaman, emosi dan nurani manusia. AI tidak harus menggantikan roh kemanusiaan dalam karya, sebaliknya menjadi alat yang memperkaya kreativiti, bukan menenggelamkan nilai asli sastera.

Saya juga mengumumkan bahawa sebanyak 10,000 Baucar Buku Selangor bernilai RM200 disediakan pada tahun hadapan, dengan jumlah peruntukan melebihi RM2 juta, lebih tinggi berbanding tahun ini. Inisiatif ini adalah komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk memperluas akses kepada ilmu dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda.

Semoga sastera terus subur sebagai suara nurani masyarakat, merentasi zaman dan teknologi. Selangor akan terus komited mendokong usaha memartabatkan seni dan budaya sebagai asas peradaban.

#KitaSelangor #SIBF2025

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.