Suara

Peristiwa
16/8/20
Sastera
Selangor

Malam Baca Puisi Merdeka di Rumah PENA

Syukur Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk terlibat dengan Malam Baca Puisi Merdeka di Rumah PENA semalam. Tahun ini, tema Malam Baca Puisi Merdeka adalah “Orang Lain Telah Merdeka, Aku Belum” dihidupkan dengan kata-kata yang membangkitkan semangat kemerdekaan dalam jiwa yang hadir melalui penyampaian yang penuh penghayatan oleh para penyair dan penyajak.

Dalam acara yang sama, buku Puisi Untuk Maharani oleh Barupati Utamaju juga dilancarkan. Turut hadir di majlis tersebut adalah Sasterawan Negara ke -14, Datuk Zurinah Hassan yang sudi menyambut malam penuh makna ini bersama kami.

Semoga acara seperti Malam Baca Puisi Merdeka anjuran Rumah PENA ini dapat memeriahkan lagi pergerakan sastera di Selangor dan membangkitkan jiwa merdeka dalam setiap anak Malaysia.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.