Inisiatif

Peristiwa
22/9/26
Isu
Selangor
Negara

Makanan Percuma NUTRISEL

Saya melawat di SK Gombak Setia dan SMK Gombak Setia, duduk sebaris dengan pelajar di kantin. Dari pengamatan saya, perkara paling asas untuk anak-anak sebelum belajar dengan baik adalah perut yang terisi.

Justeru itu Program Nutrisi Selangor (NutriSel) diperkenalkan serentak di 932 sekolah pada 3 Ogos lalu. Seramai 104,640 murid dan pelajar daripada keluarga berpendapatan bawah RM2,000 menerima sarapan percuma setiap Isnin dan Khamis.

Pelaksanaannya menelan peruntukan RM12.5 juta dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Prakarsa ini terkandung bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang kami bentangkan ketika kos hidup dunia sedang tidak menentu.

Harapan saya duit saku yang tidak perlu dibelanjakan boleh disimpan, beban ibu bapa juga berkurang dan pelajar boleh belajar tanpa menahan lapar. Insya-Allah, saya usahakan agar program ini diteruskan lagi tahun depan dengan membawanya ke Dialog Belanjawan Selangor selepas meneliti maklum balas pihak sekolah dan Pejabat Daerah.

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.