Inisiatif

Peristiwa
24/8/25
Isu
Selangor

Makan tengah hari bersama H.E. Smagulov Olzhas Mukhtarovich

Makan Tengah Hari Bersama Timbalan Datuk Bandar Almaty

Posted by Amirudin Shari on Sunday, August 24, 2025

Saya dan delegasi Kerajaan Negeri Selangor telah dijamu makan tengah hari bersama H.E. Smagulov Olzhas Mukhtarovich, Timbalan Datuk Bandar Almaty di puncak bukit Kok Tobe kira-kira 30 minit dari pusat bandar.

Hidangan istimewa yang dihidangkan ialah Beshbarmak, juadah tradisional Kazakhstan. Turut dihidangkan ialah baursak, sejenis roti goreng kecil yang biasanya dimakan bersama sos berasaskan tenusu.

Bagi masyarakat Kazakhstan, hidangan ini melambangkan kemesraan, kemakmuran dan penghormatan kepada tetamu, dan kebiasaannya hanya dihidangkan untuk tetamu istimewa serta majlis besar. Saya amat berbesar hati dapat merasai sendiri keistimewaan budaya ini, sekali gus menzahirkan penghargaan atas layanan mesra warga Almaty.

#KitaSelangor

#Kazakhstan

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.