Majlis Townhall X Raya Wanita Negeri Selangor
Alhamdulillah, pagi ini saya bersama-sama dengan para wanita Negeri Selangor dalam Majlis Townhall x Raya Wanita Negeri Selangor sempena penutup Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 yang disambut pada 8 Mac lalu, anjuran Wanita Berdaya Selangor.
Program ini menghimpunkan lebih 500 peserta daripada pelbagai latar belakang antaranya pemimpin komuniti, alumni program pemerkasaan wanita, pembuat dasar dan rakan strategik. Ia akan menjadi platform dialog dua hala untuk memperkukuh jaringan serta hala tuju pembangunan wanita di Selangor.
Kerajaan Negeri melihat wanita bukan sekadar penerima manfaat, tetapi sebagai rakan pembangunan strategik, penggerak ekonomi keluarga dan pembina daya tahan sosial negeri. Justeru, dalam majlis ini termeterai MoU bersama Taylor’s University dan The Asia Foundation yang akan membuka lebih banyak peluang dalam bidang keusahawanan dan sektor penjagaan.
Komitmen ini selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk membina Selangor yang Pintar, Berdaya Huni dan Makmur, dengan wanita terus diberi ruang lebih luas dalam kepimpinan, ekonomi dan proses membuat keputusan.
InsyaAllah, Selangor akan terus memperkukuh ekosistem wanita secara menyeluruh demi kesejahteraan komuniti dan kemajuan negeri.











