Majlis Sumbangan Ihya Ramadan Parlimen Gombak 2026/1447H
Alhamdulillah, seperti kebiasaan setiap kali menjelang ketibaan bulan mulia Ramadan, saya akan menyempurnakan pengagihan Sumbangan Ihya’ Ramadan kepada masjid dan surau di Parlimen Gombak.
Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadan 2026/1447H telah berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Pada majlis ini, sumbangan disampaikan kepada 137 penerima yang merangkumi masjid, surau Jumaat, surau serta musolla di seluruh Parlimen Gombak.
Alhamdulillah, sejumlah RM1.6 juta diperuntukkan pada Ramadan kali ini bagi menyokong keperluan pengurusan rumah-rumah Allah SWT, khususnya ketika jumlah aktiviti pengimarahan semakin bertambah dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Insya-Allah, sumbangan ini diharapkan dapat membantu memperkukuh pelaksanaan pelbagai program seperti majlis berbuka puasa, sahur, qiamullail dan aktiviti-aktiviti lain demi manfaat jemaah serta komuniti setempat.












