Majlis Santapan Malam Sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal IV DNS Ke-15 2026
Mengiringi keberangkatan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ke Majlis Santapan Malam Sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas di Shah Alam.
Persidangan ini adalah salah satu proses demokrasi yang amat penting dalam memastikan kelancaran perjalanan pentadbiran negeri. Dengan kestabilan, kemajuan dan keprihatinan, kita akan terus membangunkan negeri ini untuk kesejahteraan semua.
Selamat bersidang diucapkan kepada semua Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor. Selangor terus mara ke hadapan!






No items found.



