Majlis Sanjungan Budi SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026
Saya bersama seluruh warga kerja yang menjayakan SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 dalam Majlis Sanjungan Budi bagi menghargai segala usaha dan pengorbanan sepanjang penganjuran kedua-dua temasya ini.
Kembalinya Selangor sebagai tuan rumah selepas 28 tahun diraikan dengan kejayaan berganda apabila kontinjen negeri muncul juara keseluruhan SUKMA dan Para SUKMA. Kebanggaan ini milik bersama, daripada atlet dan jurulatih sehinggalah petugas yang bertungkus-lumus di belakang tabir.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Sekretariat SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026, Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan, seluruh agensi serta para sukarelawan. Penyelarasan lebih 50 agensi negeri dan Persekutuan membolehkan temasya ini berlangsung dengan lancar, dengan kemeriahannya dirasai di kesemua sembilan daerah.
Sebanyak 51 fasiliti sukan yang digunakan pula perlu terus dimanfaatkan sebagai medan pembangunan bakat serta lokasi penganjuran kejohanan kebangsaan dan antarabangsa.
Semoga semangat kebersamaan dan momentum kecemerlangan ini terus kita bawa ke hadapan, termasuk dalam persiapan mempertahankan kecemerlangan Selangor pada SUKMA Kelantan 2028.
Syabas dan terima kasih kepada semua yang telah mengharumkan nama Selangor. Segala penat lelah dan sumbangan anda amat dihargai!
Rentak Kita, Aksi Kita. Kita Selangor, Maju Bersama!














