Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Gombak
Alhamdulillah, kehadiran lebih 5,000 warga Hulu Kelang dan kawasan sekitar ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Gombak dan Penyelaras DUN Hulu Kelang di Dewan AU2, Taman Keramat. Cuaca yang pada awalnya begitu panas dan kemudian hujan tidak menghalang orang ramai untuk terus datang meraikan sambutan Aidilfitri ini. Saya sempat bertemu dengan menyantuni tetamu yang hadir. Pengunjung dari pelbagai lapisan umur, agama dan bangsa bersama-sama menyambut Syawal dengan semangat keharmonian dan kesepakatan. Inilah semangat jitu masyarakat majmuk di Gombak. Terima kasih orang Gombak!




