Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H di Masjid Jamek Al-Amaniah.
Aktiviti malam 28 Syawal 1446H, saya teruskan dengan menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H di Masjid Jamek Al-Amaniah.
Alhamdulillah, suasana cukup meriah dengan kehadiran kariah dan penduduk setempat. Tahniah kepada pihak penganjur iaitu Masjid Jamek Al-Amaniah, surau-surau di bawah kariah masjid ini dan Ahli Majlis Zon 8 atas penganjuran.
Semoga semangat Aidilfitri terus menjadi landasan perpaduan dan kekuatan ummah di Gombak.




