Inisiatif

Peristiwa
22/6/25
Isu
Negara
Selangor

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak.

Petang ini di Kuching, saya bersama-sama rombongan yang diketuai YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bertemu anggota serta Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak.

Dalam ucapan, saya menekankan kepentingan agar anggota KEADILAN Sarawak terus bekerja keras dan pantas dalam melaksanakan agenda reformasi parti, di samping memperkukuh gerak kerja mendekati rakyat.

Pertemuan ini juga sebahagian daripada jelajah YAB Presiden untuk mengukuhkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16, dengan komitmen yang jelas untuk mengekalkan mandat rakyat bagi penggal yang seterusnya.

Insya-Allah, KEADILAN Sarawak terus mara bersama demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

#KEADILAN

#Sarawak

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.