Suara

Peristiwa
16/3/21
Air
Selangor
Negara

Majlis Perjanjian Usaha sama Air Selangor, Indah Water Konsortium dan Central Water

Tahniah saya ucapkan kepada Air Selangor, Indah Water Konsortium dan Central Water atas kerjasama yang berjaya dimeterai hari ini.

Central Water merupakan syarikat usahasama yang ditubuhkan daripada gabungan kepakaran operator air terbesar di Malaysia dan operator kumbahan nasional untuk melaksanakan kegiatan pulih guna air yang mana bio-efluen yang dihasilkan oleh IWK akan dirawat semula untuk dijadikan sumber air alternatif bagi sektor perindustrian dan sektor pertanian yang bukan berasaskan makanan.

Projek pertama Central Water dijangka adalah di Setia Alam, yang akan menghasilkan 4.0 juta liter (JLH) air terawat sehari (JLH) dengan rancangan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran loji kepada 7.5 JLH secara berkala.

Ini merupakan satu lagi langkah tambahan yang diambil Kerajaan Negeri dalam Skim Jaminan Air Mentah (SeJAM) selain peruntukan besar sebanyak RM200 juta yang telah kita bentangkan dalam Belanjawan 2021 pada Oktober yang lepas.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.