Suara

Polisi
10/3/20

Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Selangor 2020

Salam semua pelawat laman web Amirudinshari.com.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Selangor sebentar tadi. Dalam ucapan saya, saya mengingatkan para penjawat awam di bawah kerajaan Selangor untuk bergerak ke hadapan dan marilah kita bersama-sama merapatkan saf agar gerak kerja kita tersusun seperti “bunyanum marsus” atau “binaan yang tersusun rapi”.

Kita wajar untuk mengambil iktibar daripada pengalaman negara lain kerana akhirnya, yang menjadi buah mulut rakyat ialah prestasi.

Untuk menjadi kerajaan yang baik, akhir sekali yang dinilai adalah perkhidmatannya: maka saya menyeru anda semua para penjawat awam agar tetap bersama-sama saya untuk memberikan yang terbaik buat Rakyat.



Sebagai Menteri Besar Selangor, saya dan kami semua di pejabat YB Dato' Seri Amirudin Shari percaya, pentadbiran Selangor berada di atas landasan yang betul. Selagi kita berpegang pada asas yang selama ini menjadi amalan, contohnya kebertanggungjawaban, kecekapan, ketelusan dan integriti, pasti rakyat akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kita berikan.

Semoga kita semua terus memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan negeri Selangor dan Rakyatnya.

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.