Majlis Perasmian Penyerahan Kit & Permit Bazar Ramadan MBSA 2026
Menghadiri Majlis Perasmian Penyerahan Permit dan Kit Bazar Ramadan MBSA 2026 di Pusat Konvensyen MBSA.
Sebanyak 2,123 permit telah diluluskan melibatkan 35 lokasi bazar di sekitar Shah Alam manakala RM50,000 Kupon Digital disediakan menerusi kempen PLATS Belanja Masuk Bazar oleh Yayasan MBI Selangor. Kupon bernilai RM10 ini akan diagihkan kepada 5,000 pengunjung di 16 lokasi Bazar Ramadan PLATS–Agrobank 2026 terpilih bagi memeriahkan lagi suasana bazar dan meringankan perbelanjaan rakyat.
Saya turut mengingatkan para usahawan agar sentiasa menitikberatkan aspek kualiti dan kebersihan makanan serta minuman yang dijual. Selain itu, saya menyeru agar lebihan makanan dapat disalurkan melalui program infaq bersama MBSA untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan, selaras dengan semangat dan ibrah Ramadan.
Semoga peniaga-peniaga memanfaatkan peluang ini sebaiknya. Moga Bazar Ramadan 2026 berlangsung lancar, meriah dan membawa keberkatan buat seluruh rakyat, dengan Selangor terus menjadi contoh dalam pengurusan bazar yang tersusun dan prihatin.














